afiqizhwan
3 tahun
Keluar cecair berwarna merah cair dari nipple semasa hamil
Hi.
Isteri saya mengandung dan dalam minggu ke 32 kehamilan. Baru-baru ini isteri saya perasan ada cecair berwarna merah cair keluar dari nipple. Boleh kah saya tahu apa sebabnya.
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda risau akan keadaan isteri anda yang kini 32 minggu hamil dan mengalami cecair merah pada putingnya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, pendarahan pada puting boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Akibat pemberian susu badan
- Kekeringan atau alahan kulit dengan pakaian
- Tindik atau trauma
- Jangkitan pada payudara
- Ketumbuhan pada payudara
- Kanser payudara.
Berikut merupakan senarai umum berkenaan punca pendarahan puting. Kami tidak dapat memberikan nasihat serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Kami sarankan masalah ini dirujuk kepada doktor apabila:
- terdapat ketumbuhan atau benjol pada payudara
- perubahan kulit pada puting atau sekitar payudara
- perubahan bentuk serta saiz payudara
- demam
- payudara panas bila disentuh
- sakit pada payudara
Sila hubungi doktor kami secara atas talian bagi maklumat lanjut. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.