Sulit
3 tahun
Payudara tiba2 berlubang kecil dan mengeluarkan darah
Saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Saya mendapati terdapat 1 ketulan pada payudara kiri saya. Ia terasa sakit bila disentuh , kulit berwarna kemerahan dan panas bila disentuh. Saya baru perasan semasa saya mandi tadi terdapat satu lubang kecil tiba2 ada pada payudara saya dan mengeluarkan darah . Tapi bukan puting saya yang mengeluarkan darah. Boleh tak saya tahu kenapa boleh jadi lubang kecil seperti itu ? Adakah ini kanser atau bukan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Fibroadenoma
- Kista payudara
- Abses payudara
- Kanser payudara
- Lipoma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.