Sulit
3 tahun
Benda putih pada payudara tetapi bknnya cecair putih
hello doc,saya wanita berumur 20 an. saya perasan baru2 ini macam ada benda putih pada puting di payudara saya. benda putih tu bukannya jenis cecair tetapi dia macam kelimumur putih pada rambut tu. bila saya pegang payudara dan sentuh2 bahagian puting saya dapati ada benda putih itu di celah2 payudara saya. teksturnya bknnya jenis cecair tetapi mcm kelimumur. dan saya perasan pada bahagian payudara ada ketulan tetapi apabila disentuh ia bergerak? apakah maksudnya doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah ada benda putih pada puting di payudara yang bertekstur seperti kelimumur. Anda juga mendapati terdapat ketulan pada bahagian payudara yang bergerak jika disentuh. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan dengan sebaik mungkin.
Untuk pengetahuan anda, simptom-simptom di atas boleh terjadi sekiranya anda berada dalam keadaan seperti di bawah:
- Fibroadenoma
- Fibrocystic
- Papillomas
- Abses
- Lipoma
- Fat necrosis
- Kanser
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut daripada kami, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.