
Sulit
3 tahun
Cirit birit akibat makan makanan pedas
Hi doktor, lima hari lepas saya mkn makanan pedas dan mengalami cirit birit. tetapi kelmarin, saya tidak lagi kerap ke tandas, namun najis turut keluar jika saya membuang air kecil. untuk pengetahuan doktor, saya memang mempunyai masalah gastrik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cirit-birit bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan makanan yang tidak bersesuaian
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Rawatan cirit birit ialah dengan minum air yang mencukupi bagi mengganti air yang hilang. Namun, jika ia berlanjutan, Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.