Sulit
3 tahun
Sakit perut memulas bahagian bawah
Sakit perut memulas sudah 3 hari.hari pertama ada cirit birit.lepas tu,sakit tuakan datang tiba2.perlukah saya berjumpa doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan usus oleh virus atau bakteria
- Keracunana makanan
- Radang apendiks
- Dysentry
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Jangan lengahkan waktu sekiranya anda juga mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Najis bercampur darah atau/dan nanah
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Lemah badan dan lesu
- Loya dan muntah
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.