Sulit
2 tahun
Masih berak cair tapi dah tak sakit perut
hai doctor, saya dah alami cirit birit selama 4 hari, dan hari ke 4 saya rasa dah makin pulih tapi saya masih berak cair walhal saya dah tak sakit perut. tpi syukur saya tak membuang dengan kerap seperti sebelum ini. pada pendapat doc adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang sebab cirit-birit yang sudah dialami selama 4 hari. Antara adalah sebab kemungkinan simtom cirit-birit berdasarkan jangka simtom didapati. Anda juga boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang cirit-birit
Sebab cirit-birit secara tetiba termasuk keracunan makanan atau bahan tertentu,
Cirit-birit berpanjangan atau kronik (masalah berlanjutan lebih daripada sebualan)patut diselidik dengan teliti untuk mencari dan merawat punca tersebut. Antara sebab-sebab termasuk:
- Intoleransi makanan, seperti intoleransi laktosa
- Alahan makanan
- Tindak balas terhadap ubat
- Jangkitan virus
- Jangkitan bakteria
- Penyakit usus
- Jangkitan parasit
- Pembedahan pundi hempedu atau perut
- Terapi radiasi
- Penyerapan makanan yang tidak betul ( malabsorption)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.