Sulit
3 tahun
Cirit birit tapi tak demam
saya wanita berumur 49 tahun.3@4 hari ni saya mengalami cirit birit dalam 1 hari 5x.saya minum teh kelat dia.ok.tapi dlm 4@5 jam dia gelodak dlm perut.rasa panas dalam perut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda mengalami cirit birit dan ini amat merisaukan anda kerana ia mengganggu anda buat beberapa hari.
Cirit-birit berlaku apabila terlalu banyak kandungan air di dalam usus anda dan ini disebabkan oleh pelbagai keadaan kesihatan, seperti:
- Gastroenteritis
- Jangkitan usus
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel diseases seperti ulcerative colitis atau penyakit Crohn
Walaupun cirit-birit antara gejala yang sering dialami, ia juga boleh menyebabkan beberapa komplikasi jika tidak ditangani, seperti:
- Dehidrasi
- Hypovolemic shock
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Lemah dan lesu
- Pitam atau hampir pitam
- Sawan
- Pening kepala
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai gejala yang dialami.
Kami berharap anda mendapati jawapan kami membantu. Terima kasih.