Sulit
3 tahun
Cirit Birit Biasa Teruk
Haii doktor saya mau brtnya tentang ank sya yg berusia 2tahun12hari telah mengalami cirit birit dan 2 kali muntah bru 24jam brlalu tetapi ank sya ada selera makan minum dan kencing masi stabil cuma berak nya lembut dan brair serta brlendir ada kah sebegitu normal doktor dan tdk teruk?berat badan ank dan semakin susut dan mata ank tengelam bibir masi seperti biasa tdk kering tdk pucat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah cirit birit dan muntah-muntah. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang hadapi oleh anak anda boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- masalah usus
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih