Sulit
3 tahun
Cirit Birit & Sejuk (bahagian kaki)
hai doc . saya nak tanya , suami saya cirit birit dah masuk hari ketiga . hari kedua dia pergi kerja macam biasa tapi still lagi cirit birit . then balik dari kerja dia kesejukan , nak kata demam suhu badan normal . dia selimut , after 1hour , dia berpeluh macam mandi . basah lencun tilam selimut n bantal . sy belum ke klinik . adakah ini simptom covid ? sy bimbang sebab musim sekarang . thanks in advance . stay safe
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, suami anda mengalami masalah cirit birit sejak tiga hari yang lepas dan ingin mengetahui adakah suami anda dijangkiti COVID-19. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang hadapi oleh anak anda boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Tidak toleransi kepada sesetengah makanan seperti susu, keju dan sebagainya.
- Pemakanan yang telah tercemar
- Terlalu banyak minum air
- Terlalu banyak makan serat
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan virus/bakteria dalam perut
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah usus
Untuk mengetahui status tentang jangkitan COVID, ujian saringan perlu dilakukan keatas suami anda. Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19.
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih