Sulit
3 tahun
Mengalami cirit birit sepanjang hari untuk 4 hari
Saya wanita berusia 21 tahun, untuk 4 hari ini saya mengalami cirit birit serta terdapat cecair hijau semasa membuang air besar, saya juga sakit kepala di bahagian kanan, upper dan lower abdomen juga sakit dan walaupun sudah makan saya tetap berasa perut kosong sehingga tahap saya rasa loya hendak muntah.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gastritis
- Gastroenteritis
- Keracunan makanan
- Peptic ulcer
- Radang usus
- Demam disebabkan infeksi (Demam denggi, Demam tifoid dll)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.