
Sulit
3 tahun
Cirit birit & suhu tinggi
Selepas balik dari kerja, sy terus mandi sebelum bersalam dgn ahli keluarga yg lain. Suhu badan juga masih normal. Selepas makan malam, saya dapati perut memulas & cirit birit. Dan masih berterusan cirit birit, saya dapati juga suhu badan naik sedikit melebihi 37.0 tetapi kurang drpd 37.5. Adakah ini merujuk kpd simptom covid atau cirit birit & demam biasa?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala cirit-birit boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus
- Keracunan makanan lain
Namun begitu, gejala COVID-19 yang dialami oleh seseorang individu adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Anda juga boleh gklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.