
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan cirit-birit
Saya seorang laki-laki, 31 tahun,
Setelah tiga hari berturut-turut saya cirit birit, sakit perut pun x hilang, xde demam atau keluhan lain, cuma agak mengganggu kerja & rutin harian saya. Sebelum ini, biasanya cirit birit akan hilang sendiri. Kalini ia berterusan
Adakah ianya disebabkan keracunan makanan? Bagaimana nak tahu?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memaami anda mengalami gejala cirit-birit, dan sakit perut selama 3 hari. Kami akan cuba membantu anda mengenai masalah ini.
Antara punca sakit perut dan cirit-birit adalah :
- Keracunan makanan
- Akut gastroenteritis
- Alahan makanan
- Radang perut (gastritis)
- Radang usus
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mencegah komplikasi masalah anda seperti dehydrasi akibat cirit-birit berterusan.
Anda boleh menghubungi kami secara atas talian mengenai masalah ini supaya kami boleh membanttu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.