Sulit
2 tahun
Cirit birit/ alahann
Tahi saya berwarna hitam hijau Dan cair. Dia keluar dengan tiba2 bila saya tidur/ kentut. Mmg pedih perut. Saya ade ambil antibiotik, lepas makan ubat tu terus jadi mcmni, adekah saya alahan ubat atau sebagainya?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan masalah najis cair dan berwarna hitam hijau. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- sayuran hijau
- pewarna makan hijau
- supplemen tambahan seperti zat besi
Najis hijau yang disebabkan oleh pemakanan harian adalah sebab yang normal dan biasa didengari tetapi sesetengah masalah ini mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit yang serius. Antara beberapa kondisi kesihatan yang boleh meyebabkan adalah seperti:
- pigmen hempedu
- antibiotik
- parasit dan bakteria
Antibiotik yang anda ambil mungkin punca masalah anda tetapi tidak semestinya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan dan anda boleh dibantu dalam masalah ini. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.