Sulit
3 tahun
Sakit perut dan perut memulas
hi, saya berumur 26 tahun. adakah normalkah jikalau saya makan banyak cirit biri,makan sikit pun cirit birit,tidak makan semestinya masuk angin. kadang2 perut terasa pedih/memulas,tidak terlalu kerap. terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah sakit perut memulas-mulas dan cirit birit. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- rutin makan yang kurang sihat
- alergi atau alahan makanan
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Bowel obstruction/ Usus tersumbat
- Diverticulitis
- Keradangan appendiks
- Penyakit radang pelvis
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih