Anonymous
5 tahun
Cth : Tekanan darah rendah
Saya wanita berusia 26 tahun . Sejak kebelakangan ini saya sering merasa pening tanpa sakit kepala, tubuh terasa melayang-layang dan adakala jantung saya akan berdengup laju dengan tiba-tiba . Apa doktor boleh memberikan sedikit penjelasan atas apakah sebenarnya penyakit yang saya lalui sekarang? Terima-kasih .
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Keadaan yang dialami oleh anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Kebiasaannya ia berlaku sebagai tindak balas kepada pengurangan pembekalan darah kepada otak.
Ini berlaku apabila seseorang mempunyai masalah jantung seperti:
- degupan jantung yang tidak sekata
- kurang gula di dalam darah
- anaemia
- masalah urat saraf yang mengawal tekanan darah
- tekanan darah yang rendah
Dalam situasi anda, ia mungkin merupakan serangan vasovagal yang kerap kali berlaku pada golongan kanak-kanak dan dewasa. Ini berlaku apabila tekanan darah berkurangan, menyebabkan pengurangan oksigen ke otak dan seterusnya menyebabkan tubuh berasa melayang.
Selain itu, masalah ini juga mungkin berlaku jika anda mempunyai tekanan emosi yang tinggi, gelisah, sakit, lapar atau penggunaan alkohol atau dadah. Dalam pada itu, jika anda adalah wanita, kehilangan darah ketika haid secara berlebihan juga akan menyebabkan anaemia, rasa pening dan pitam. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda perlu mendapatkan rundingan lanjut di link ini (DoctorOnCall).