Sulit
2 tahun
Demam on off dekat sebulan
Saya perempuan berumur 19tahun. Saya rasa macam demam (kepala dan badan panas… Tapi, kaki dan tangan sejuk). Bila cek suhu, 36.0 hingga 36.8 sahaja. Ada pergi klinik dan cek darah, semuanya normal…
Dekat sebulan juga saya rasa macam ni… Kenapa ye, dr?
Ada satu hari tu saya angkat barangan berat berulang kali. Adakah ia punca daripada situ kerana saya bertubuh kecil.
Buat masa ini, saya ada makan panadol, bersukan seperti biasa dan meletakkan tuala basah di kepala.
Tq, dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
- Penyakit TB
- Keradangan tonsil
- COVID-19
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.