Anonymous
5 tahun
Deman kejap ok kejap tak ok
anak sy demam sekejap ok sekejap tidak… sudah 1 bulan lebih… sudah 2 kali di masukkan dalam hospital besar seremban… doktor ckap dalam darah anak sy ada virus… dekat pembekuan darah… soalan sy adakah kdaan anak sy ini anak lebih teruk???
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman pihak anda, untuk mengetahui dan menilai sama ada keadaan anak anda lebih teruk atau tidak itu memerlukan maklumat lanjut, pemeriksaan, penelitian, pemantauan terhadap anak anda, serta keputusan ujian tertentu.
Saya percaya doktor di hospital lebih arif tentang hal ini dan sedang berusaha merawat anak puan. Teruskan rawatan yang diberikan. Semoga anak puan cepat sembuh.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian, sekiranya anda inginkan pandangan kedua tentang masalah ini. Terima kasih.