
Sulit
4 tahun
Gangguan emosi yg tidak menentu disebabkan pemikiran yg sangat complicated
Saya mempunyai seorang tunang yg kadang kala pemikiran nya terlalu complicated seperti rasa was2 akan sesuatu dan sering berulang kali membuat perbuatan sama akibat pemikiran tersebut. Adakah benar dari apa yg saya baca berkenaan penyakit OCD, kerana kesemua symptoms yg ditulis ada pada dia, seperti kerap kali setelah masuk ke tandas dia akan merasa tidak selesa dan kotor dan perlu menukar pakaian, sama juga ketika mengambil wudhuk berulang2 kali sehingga diri sendiri merasa penat kerana pemikirannya yg rasa was-was. Beliau juga ada memberitahu yg beliau penat hendak melawan pemikirannya sendiri daripada memikirkan benda2 yg tidak penting sehingga membebankan fikiran walaupun penat mencuba untuk tidak memikirkan perkara tersebut. Apabila itu terjadi beliau akn cepat stress dan marah. Ada juga satu situasi ketika beliau hanya tersentuh baju yg sudah dipakai setelah itu beliau merasakan tidak selesa dan resah akibat berfikiran dirinya harus membersihkan diri kerana sudah tersentuh pakaian itu. Jika benar beliau mempunyai penyakit itu apakah langkah2 yg terbaik perlu saya buat untuk segera menyembuhkan dia dari terus menjadi lebih teruk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang tunang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Obsessive Compulsive Disorder
- Mengalami stres dan tekanan emosi
- Badan dan minda yang penat
- Kemurungan atau depression
- Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
Buat masa ini, pihak anda/tunang anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan pihak anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan / kerisauan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih