Anonymous
5 tahun
Gangguan Kebimbangan
Saya lelaki berumur 20 tahun mengalami pening kepala dan sakit dada sejak 3 hari yang lalu. Adakah saya alami gangguan kebimbangan (anxiety disorders) ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Semua orang pernah merasakan kebimbangan dan ini merupakan suatu emosi yang normal. Contohnya, ketika seseorang menghadapi masalah di tempat kerja atau sedang menjalani peperiksaan.
Gangguan kecemasan mempunyai banyak gejala yang berbeza dari orang ke orang. Contoh gejala gejala anxiety disorder adalah :
- Perasaan panik, ketakutan yang berlebihan.
- Mempunyai masalah tidur.
- Tangan atau kaki sejuk atau berpeluh.
- Sesak nafas.
- Detak jantung laju
- Mulut kering.
- Kesemutan di tangan atau kaki.
- Loya
- Sakit kepala
Untuk makluman pihak tuan, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Selain tentang kesakitan yang dialami, kami juga memerlukan maklumat tentang latar belakang kesihatan anda.
Kami juga faham bahawa masalah ini merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.