Sulit
3 tahun
Gastrik : 5/6 minggu lepas saya menghidap gastrik dan sudah ¾ minggu tidak sakit perut, tetapi tekak saya rasa tidak selesa Jadi sesuai ke saya minum susu kambing?
5/6 minggu lepas saya menghidap gastrik dan sudah 3/4 minggu tidak sakit perut, tetapi tekak saya rasa tidak selesa
Jadi sesuai ke saya minum susu kambing? Perut dah tak rasa sakit just tekak je rasa tk selesa akibat jus gastrik naik atas?
Boleh ke saya minum susu kambing
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit tekak dan ingin mngetahui jika anda boleh minum susu kambing kerana baru pulih daripada penyakit gastrik. Saya akan cuba membantu anda.
Umumnya sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- Masalah tiroid
- Batu kelenjar air liur
Untuk makluman anda, tiada kajian yang dibuat untuk membuktikan keberkesanan atau kesan sampingan jika minum susu kambing ketika sakit tekak dan gastrik.
Namun, untuk menentukan rawatan yang terbaik, anda perlu berbincang tentang keadaan ini dengan doktor.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu anda. Jika anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk berbincang tentang masalah ini dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.