Sulit
4 tahun
Gatal alergi makanan
Setiap kali makan seafood atau daging selalu lengan perut bawah leher gatal merah merah ruam panas …solusinya dok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Berdasarkan keluhan anda yang ringkas di atas, kemungkinan besar anda mengalami alahan kepada makanan laut dan daging. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan dan pemeriksaan yang perlu dijalankan sebelum diagnosis sebenar boleh dibuat.
Dikalangan orang dewasa, kejadian alahan makanan berkurangan kepada anggaran 1% daripada populasi keseluruhan. Antara makanan yang biasanya menyebabkan alahan adalah:
- Susu lembu.
- Telur.
- Kacang soya.
- Gandum.
- Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
- Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
- Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.
Untuk makluman anda, simptom-simptom alahan kepada makanan adalah seperti:
- ‘Angioedema’ (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
- Kesukaran bernafas dan berdehit.
- Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
- Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
- Perut yang sakit dan memulas.
- ‘Colic’ (sakit perut) dikalangan bayi.
- Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, kebengkakan dalam mulut dan kerongkong, tekanan darah rendah, kejutan (shock) malah boleh mendatangkan kematian. Gejala ini biasanya berlaku dengan cepat dalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa jam selepas pengambilan makanan.
Selain alahan pada makanan laut dan daging, masalah anda boleh terjadi disebabkan oleh:
- jangkitan kulit
- ekzema
- psoriasis
- kerengsaan pada kulit
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Oleh itu, sebelum menyarankan rawatan, anda harus menjalani pemeriksaan lanjut. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.