Sulit
3 tahun
Masalah makanan-makanan dari restoran pada masa pandemik
Saya pernah tanya mengenai penyakit saya dahulu di sini tetapi respon doktor cuma kasih jawapan yang secara umum. Dulu saya tanya tentang masalah bahagian trakea saya selalu gatal dan dada sakit. Saya pernah mencurigakan kemungkinan trakea saya meradang dan disebabkan oleh dijangkiti oleh kuman, bakteria dan virus.
Sekarang saya sudah hampir satu bulan berhenti mengambil makanan dari restoran dan foodpanda. Simpton-simpton seperti kegatalan trakea, sakit dada, selsema dll. telah dikurangkan sejak saya memasak sendiri di rumah.
Adakah makanan-makanan di restoran menyebabkan allergies? Adakah kemungkinan makanan-makanan dari restoran mengandungi virus atau alkohol? Sebab dulu sebelum pandemik ini, saya tidak pernah mengalami kegatalan trakea semasa saya mengambil makanan-makanan dari restoran.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda kini kurang merasakan simptom gatal tekak, sakit dada dan selsema setelah berhenti makan makanan luar. Kini anda mahukan penjelasan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan seperti kesan alahan pada makanan tertentu. Nasihat kami adalah untuk anda kenalpasti apakah makanan tersebut.
Terdapat juga hospital yang menjalankan ujian alahan. Jika anda ingin bantuan pakar kesihatan. Bagi maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.