Sulit
3 tahun
Jangka masa tempoh waktu mengatuk setelah mengambil suntikan ubat gatal kulit ( alahan makanan)
isteri saya umur 36,masih dalam tempoh berpantang bersalin hari ke 12, menerima suntikan ubat gatal kulit, setelah memakan ayam.sebelum ini tidak alah pada ayam, mungkin alah ini terjadi selepas isteri saya bersalin. soalan saya. berapa lama tempoh mengantuk setelah menerima suntikan ubat alah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap gejala alahan yang dialami oleh isteri anda kerana ia tidak pernah dialami oleh beliau sebelum ini. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Setiap orang mempunyai reaksi berbeza terhadap stimulus yang menyebabkan reaksi alahan. Apabila diberikan ubat alahan, ia melegakan keradangan dan juga gejala alahan yang dialami. Sesetengah ubat alahan mempunyai ciri-ciri mengantuk ataupun tidak. Namun begitu, tempoh masa mengantuk setelah ubat diberikan adalah berbeza mengikut individu.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya penjelasan lebih lanjut dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.