Sulit
3 tahun
Alahan semenjak berumur 10 tahun
Saya wanita berumur 24 tahun. Saya mengalami alahan apabila saya makan makanan laut, ikan keli, haruan, patin juga semua jenis daging termasuk ayam.setiap kali saya makan, saya akan gatal gatal di seluruh badan, dan akan hilang apabila makan ubat Adezio. Ubat lain yang saya makan semua tidak berkesan, termasuklah krim sapu. Adakah alahan saya ini normal. Alahan saya sudah bermula sejak berumur 10 tahun. Kini sudah 15 tahun saya menanggung alahan ini. Mohon penjelasan doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah alahan pemakanan sejak berumur 10 tahun dan ingin mengetahui jika ia adalah normal. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Sebagai pengetahuan anda, alahan makanan adalah tindak balas abnormal terhadap makanan, yang dicetuskan oleh sistem imun badan. Tindak balas alergi terhadap makanan kadang kala boleh mencetuskan kesakitan yang teruk dan membawa maut. Masalah ini boleh terjadi disebabkan faktor genetik dan makanan itu sendiri. Cara terbaik mengatasi alahan makanan adalah dengan mengelakkan makanan yang mencetuskannya. Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan pencetus alahan tersebut merupakan langkah yang paling berkesan.
Antara makanan yang biasanya mencetuskan alahan adalah:
- Susu lembu
- Telur
- Legum (kacang soya dan kacang tanah)
- Kekacang (badam, gajus, pecan, pistasio, walnut)
- Sesetengah jenis Ikan
- Makanan laut dan kerang-kerangan (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)
- Bijirin (gandum, oat, barli, jagung)
- Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, celeri, kiwi, pisang, avocado, betik dan sebagainya)
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.