Sulit
3 tahun
Ubat untuk orang allergic
Kalau orang yang ada allergic boleh makan ubat tahan sakit ke? Ataupun kalau saya ke klinik, doktor akan bagi ubat tahan sakit ke? Ada ke ubat tahan sakit yang spesifik untuk org allergic? Thank you in advance
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami fahami kebimbangan anda terhadap gejala-gejala yang dialami oleh anda dan memerlukan ubat bagi tujuan rawatan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Antara punca-punca mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan boleh berpunca daripada:
- Reaksi alahan
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan tekak
- Jangkitan telinga
- Penjagaan kulit muka yang kurang memuaskan
- Kulit Sensitif
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut sebelum menentukan jenis rawatan dan ubatan yang sesuai bagi menangani masalah yang dihadapi oleh anda. Setiap penggunaan ubat memerlukan konsultasi dan preskripsi daripada doktor yang bertauliah.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.