irfan13111998
3 tahun
Alahan terhadap bulu kucing
Dr ada tak penyelesaian dan prevention utk kepada yg alergik kepada bulu kucing. Dari segi suntikan dan lain2 ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada rawatan yang boleh menghilangkan alahan. Rawatan pada alahan adalah untuk mengurangkan dan mengawal simptom yang terjadi. Cara untuk anda mencegah daripada mendapat alahan adalah dengan:
- Tidak menyentuh kucing
- Jauhkan diri daripada kucing
- Selalu bersihkan rumah daripada bulu kucing
- Mandikan kucing selalu
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.