Sulit
3 tahun
Tanda seseorang alergic
Hi. Saya mengalami gatal dan muncul bintik merah jika saya makan seafood. Pada suatu saat,saya makan seafood bintik merah tidak muncul tetapi saya berasa sesak nafas sedikit, gatal dan dada berasa berat.
Adakah saya mengalami allergic terhadap seafood?. Adakah ia teruk?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengertahuan anda, setiap orang memberikan atau menunjukkan gejala yang berbeza bila mendapat reaksi alahan. Namun begitu, gejala-gejala alahan yang biasa dilaporkan adalah seperti berikut:
- Timbul ruam pada permukaan kulit
- Gatal-gatal
- Batuk-batuk atau bersin
- Kesukaran bernafas
Sukar untuk kami katakan sama ada anda mengalami reaksi alahan berdasarkan soalan yang ringkas sahaja. Untuk mengetahui sama ada anda mengalami reaksi alahan, sejarah kesihatan perlulah diambil dengan lebih teliti memandangkan terdapat beberapa keadaan yang boleh menunjukkan gejala yang serupa seperti alahan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan terhadap anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.