Sulit
3 tahun
Muka dan telinga gatal, benjolan dalam hidung, kahak di tekak
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya mempunyai masalah gatal-gatal mata, telinga dan muka serta mata sering berair. Saya juga perasan ada benjolan dalam hidung dan terdapat luka pada benjolan tersebut. Jadi terdapat tahi hidung bercampur darah. Kadang-kadang telinga saya berdesing. Adakah ini berbahaya? Terima kasih doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan anda diatas, anda mengalami masalah gatal mata, telinga dan muka disertai dengan masalah mata berair dan gejala-gejala lain. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umumnya masalah ini boleh disebabkan oleh :
- Kurang penjagaan kebersihan
- Terdedah kepada asap ataupun debu
- Sensitif pada bulu haiwan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Reaksi alahan
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan tekak
- Jangkitan telinga
- Penjagaan kulit muka yang kurang memuaskan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.