Sulit
3 tahun
Elejik bahan berangin
Saya lelaki berusia 20-an saya mengalami alegik benda yang berangin seperti pencuci muka,ubat gigi, dah gula-gula yang berangin…
Apakah saya perlu jumpa doktor pakar kulit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mempunyai alahan terhadap benda-benda yang berangin seperti pencuci muka, ubat gigi dan gula-gula berangin. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda alahan adalah seperti berikut :
- Gatal dan ruam pada kulit yang diikuti dengan kebengkakan
- Gatal dan bengkak pada bibir
- Mata berair
- Mual dan muntah
- Pening
Jika anda mengalami simptom-simptom alahan teruk seperti kesukaran bernafas dan ketidakselesaan pada bahagian dada, anda perlu merujuk kepada doktor dengan segera untuk rawatan. Bagi alahan ringan, anda boleh mengelakkan reaksi alahan dengan menggunakan produk yang tidak mengandungi bahan tersebut. Jika anda memerlukan nasihat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.