Sulit
3 tahun
Allergic ubat ubatan-PCM, Antibiotics
Hai doktor, sy seorng pesakit asthma & mmpunyai allergic ubat PCM & antibiotics, adakah sy boleh mngambil vacsin covid-19?biasanya jika allergic berlaku, sy akan mngalami kesesakan nafas.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan pertanyaan di atas, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil vaksin COVID-19 atau tidak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda terdapat beberapa keadaan yang menjadikan seseorang individu tidak sesuai untuk menerima vaksinasi COVID-19, iaitu:
- sejarah alahan teruk (anafilaksis) terhadap vaksin, ubat-ubatan atau bahan lain
- alahan teruk dan anafilaksis setelah menerima dos pertama vaksin COVID-19
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya anda tidak pasti mengenai tahap alahan anda.
Anda juga digalakkan untuk menghubungi doktor secara langsung agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.