Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat dan seperti Berkahak
Saya mengalami masalah seperti ada rasa berkahak tetapi berwarna putih. Kadang kala hidung rasa seperti rasa tersumbat. Perkara ini terjadi sepanjang 2 bulan yang lalu. Baru-baru ini saya telah mengambil ubat levocetirizine dihydrochloride dan tiba-tiba saya mengalami simptom seperti selesema. Adakah nie normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, saya memahami bahawa sejak 2 bulan lalu anda mengalami masalah hidung tersumbat, berkahak dan selsema. Anda sudah mengambil ubat namun, gejala ini masih berlaku. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Levocetrizine Dihydrochloride adalah sejenis antihistamine. Ia sering diberikan untuk membantu meringankan simptom allergi, selsema dan resdung. Kesan sampingan ubat ini adalah:
- Hipersensitif seperti gatal satu badan, ruam, bengkak, sesak nafas
- Pening atau sakit kepala
- Mual atau muntah-muntah
- Berat badan meningkat
Masalah selsema anda mungkin daripada masalah kesihatan yang lain dan bukan daripada ubat tersebut. Bagi menentukan punca sebenar simptom yang anda alami, pemeriksaan klinikal, sejarah kesihatan serta ujian yang sepatutnya perlu dilakukan.
Sebarang pertanyaan lanjut, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.