Sulit

4 tahun

Bengkak didalam telinga, muka gatal & mata berkedip

saya wanita berumur 25 tahun. saya mengalami telinga gatal & sakit bila disentuh (seperti ada bengkak didalam telinga). pada kedua-dua belah telinga. pada waktu yang sama mata kiri & kanan saya kerap berkedip yang menyebabkan saya tidak selasa untuk melakukan aktivi harian saya. saya juga merasa sedikit gatal disekitar muka terutama dibahagian pipi dan hidung. adakah ini disebabkan resdung? kerana saya memang mempunyai resung tetapi kebiasaannya akan menyebabkan bersin & selesama sahaja. adakah saya alegic pada sesetengah makanan selain seafood?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Kami memahami masalah simptom-siptom yang anda hadapai sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini jika disimpulkan boleh berpunca daripada beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan seperti:

  • Penyakit kulit yang menjangkit bahagian kawasan muka
  • Alahan pada kulit atau sinus yang boleh menyebabkan keradangan. Ini boleh berpunca daripada alahan bahan seperti makanan, ubat, krim, dan juga persekitaran anda yang telah bersentuh pada kawasan yang terlibat.
  • Kemungkinan masalah telinga gatal dan bengkak boleh berkait dengan kegatalan muka dan juga resdung anda kerana ia boleh berpunca daripada keradangan yang merebak akibat alahan atau jangkitan kuman yang bermula dari sinus anda
  • Keradangan sinus (Sinusitis) seperti yang diperihalkan di atas.
  • Alahan pada sinus yang boleh disebabkan udara persekitaran, musim dan juga cuaca.

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Pada pendapat kami, masalah yang anda hadapi ini lebih berkait dengan gejala alahan yang berlaku pada kawasan yang terlibat, khususnya udara persekitaran kerana kebanyakan kawasan yang terlibat adalah terdiri daripada ruangan atau celah lubang (seperti lubang telinga, hidung, mata) yang terdedah pada udara persekitaran. Ia boleh disebabkan oleh tumbuhan, polen, minyak wangi, dan juga musim (seasonal).

Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mengenal pasti punca masalah yang dihadapi anda dan mendapatkan rawatan yang khas, seperti ubat mengawal keradangan dan juga mengawal alahan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Sinuses

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)