Sulit
4 tahun
Gatal tekak lebih dari sebulan
Saya berumur 35 tahun.: saya mengalami batuk pada 4hbMac 2020… Jumpa doc dan mengambil ubat pada 11 Mac, 22 Mac dan 12 Mac masih tidak sembuh … dalam masa sama saya mengalami sakit gigi bongsu dari awal bulan 2. Saya dapati tekak saya merah … kemudian pada akhir Mac saya kurang batuk dan hanya gatal tekak. Makan dan minum seperti biasa dan tak terasa sakit lamgsung… apabila kumur air garam tekak rasa gatal. Dan pasa 15 Mac saya mengalami nasal congestion sehingga hari ini hanya sebelah hidung sahaja… Masalah sekarang tekak saya masih merah dan gatal especially selepas makan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus seperti influenza
- Radang esofagus (esophagitis)
- Radang tonsil (tonsillitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.