Sulit
3 tahun
Herpes bloodtest IgG results
Doctor, saya dah buat bloodtest.
Results nya ini,
Herpes type 2 igG
Index saya 0.08
(<0.90 negative, 0.90 - 1.10 Equivocal, >1.10 Positive)
Chlamydia trachomatis IgG
(<0.90 negative, 0.90 - 1.10 Equivocal, >1.10 Positive)
Cuba Nak tanya ini results aku ade ke herpes type 2 dengan Chlamydia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan hasil ujian yang anda nyatakan di atas, index igG type 2 herpes anda adalah 0.08, iaitu di bawah 0.09. Oleh itu, hasil ujian herpes anda adalah negatif. Namun, untuk ujian IgG chlamydia, saya memerlukan nilai IgG Chlamydia chromatis anda sebelum dapat membuat kesimpiulan tentang jangkitan tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.