Sulit
4 tahun
Hidung sebelah kiri kerap bersumbat
Saya lelaki berumur 39 tahun dan saya mempunyai masalah hidung diselah kiri kerap bersumbat dan hilang bebepa minit selepas itu tetapi ia belaku dengan kerap.disamping tu saya juga ada mengalami kahak di tengkuk sebelah kiri yang jernih dan pekat selama hampir 2 bulan.saya tidak mempunyai lain2 simpton buat masa ni dan ia merisaukan saya.harap doktor dapat membantu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Allergic rhinitis
- Postnasal drip
- Masalah sinus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.