Sulit
3 tahun
Keliling anak mata berwarna kekuning kuningan
saya wanita berumur 18 tahun…dan keliling anak mata saya berwarna kekuning kuningan sejak kecil…tetapi saya sihat seperti biasa. Tiada apa apa gangguan kesihatan pun pada saya. tetapi saya mencari ubat atau cara untuk memutihkan semula mata saya ni . Bolehkah doktor bantu ?
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda terhadap mata anda yang berwarna kekuning-kuningan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya bahagian mata yang berwarna putih menukar kepada kuning, ia boleh menandakan jaundis. Selain itu, pengambilan lobak merah secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah ini. Anda memaklumkan bahawa anda mengalami masalah ini sejak kecil. Ia boleh disebabkan oleh tahap melanin yang lebih tinggi dalam badan anda. Melanin adalah sejenis pigmen kulit. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar mata supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh menghubungi doktor pakar kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.