Sulit
3 tahun
Kencing berbuih..tulang blk pingang tersara sakit
hai sy azfar umur 29 tahun…kenicng sy berbuih dan pingang belakang sy sakit dah 3 bulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebetulnya kencing berbuih yang anda perhatikan adalah bersifat subjektif. Justeru, adalah lebih baik sekiranya anda mengenalpasti gejala-gejala lain yang anda alami supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang berkaitan dan lebiih tepat.
Antara penyebab umum untuk kencing berbuih adalah:
- kencing dengan pancaran laju
- proteinuria
- dehidrasi
- bahan kimia dalam jamban yang bereaksi terhadap air kencing
- masalah buah pinggang
- ejakulasi retrograde
- akibat ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih