Sulit
2 tahun
Kerap bersin dan mudah demam kena sy terkena air hujan
hello dktr,sy nk tanye …kenape antibody senang dijangkiti selsema dan juga demam ye?lagi2 mase titisan air hujan…adakah paru-paru sy bermasalah ?mohon pencerahan daripada doktor di atas …terime kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya jangkitan Covid atau jangkitan virus lain atau kuman. Kehilangan deria bau adalah gejala umum untuk Covid, namun selsema, kesesakan hidung juga boleh menyebabkan kehilangan bau.
Sebagai pengetahuan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda boleh mengambil ujian Covid, PCR di klinik kedekatan anda atau menjalani kuarantin untuk 10 hingga 14 hari dan ulang semula ujian Covid air liur untuk mengenal pastikan status anda. Anda juga boleh merujuk kepada doktor untuk menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan lebih lanjut untuk meneliti punca penyebab lain.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.