Sulit
3 tahun
Kerap sembelit, sakit badan, kesukaran menelan
Ayah mertua saya berumur 67 tahun. Kerap mengalami sembelit, sakit badan…sepanjang hari akan baring dan tidur sahaja. Tidak bergerak aktif. Penggunaan minyak panas dan salonplas sepanjang waktu dan berurut. Selain itu dia juga mengalami kesukaran menelan nasi. Totally bubur setiap hari. Saya selalu nasihatkan untuk kurangkan tidur dan baring…buat little exercise untuk kuatkan otot otot tapi tak pernah ikut. Dia pernah di refer oleh doktor kk untuk buat ct brain dan jumpa pakar saraf tapi semua tak buat. Apa nasihat dan pendapat doktor tentang masalah tersebut. Harap boleh membantu serba sedikit. Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan yang dialami oleh anda kerana mertua anda mengalami gejala kerap sembelit, lemah dan sakit badan dan juga sukar untuk menelan makanan. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Gejala sakit badan, lemah badan, kerap sembelit dan kesukaran pada umur yang lanjut memerlukan perhatian oleh doktor dan anda kerana ia boleh berpunca dari masalah yang serius. Penerangan yang lebih lanjut mengenai gejala adalah diperlukan kerana gejala yang dialami boleh berpunca daripada pelbagai faktor.
Antara punca yang lebih serius sering dikaitkan dengan gejala tersebut pada warga emas adalah:
- Kanser usus
- Kanser esofagus
- Kanser perut
- Ketumbuhan di dalam otak
- Masalah saraf
Kami sarankan anda untuk merujuk keadaan bapa mertua anda kepada doktor. Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.