Sulit
4 tahun
Kualiti sperma kurang dan sperma tidak aktif
Saya lelaki sudah berkahwin hampir 6 tahun dan umur sekarang 35. saya menghadapi masalah bilangan sperma kurang dan tidak aktif. Pernah beberapa kali buat test dan result kadang2 ok dan tidak ok terus. sehingga saya pernah buat test di hospital kerajaan di alor setar untuk rawatan IUI dan IVF dengan isteri saya tetapi tidak berjaya. doktor hanya cakap kes saya ini jenis “tidak diketahui puncanya” Minta baik doktor yang hebat bantu saya dari segi ubat yang perlu saya makan dan kehidupan harian saya. Saya pernah guna ubat profortil dan ubat yang ada zink hampir setahun tetapi hasilnya kurang dan agak mahal ubatnya. Untuk pengetahuan doktor saya tidak hisap rokok and minum alkohol. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, mengenal pasti punca sperma anda kurang jumlah dan kualiti adalah sangat penting bagi memberi cadangan rawatan. Rawatan IUI dan IVF pula perlu mengambil beberapa cubaan sekiranya ingin berjaya. Terdapat beberapa langkah secara am yang boleh diambil dalam meningkatkan produksi sperma:
- Supplemen asid amino D-aspartate- sejenis protein yang boleh dijumpai dalam air mani dan sperma, yang membawa maksud bahawa asid amino ini penting dalam penghasilan sperma
- Selalu bersenam terbukti boleh meningkatkan tahap testosteron dan kesuburan lelaki
- Ambil vitamin C dalam bentuk supplemen atau buah-buahan untuk mecapai keperluan harian kerana ini boleh juga meningkatkan kesuburan
- Kurangkan stres
- Vitamin D penting juga bagi memastikan kesuburan lelaki serta wanita
- Penggunaan halba (fenugreek) dalam masakan digunakan untuk meningkatkan tahap testosteron. Dalam kajian yang dijalankan ke atas 60 lelaki yang sihat dan mengambil supplemen halba untuk 6 minggu, keputusan menunjukkan peningkatakan nafsu seks, prestasi seksual dan kekuatan.
- Mengambil supplemen zinc
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.