Sulit
3 tahun
Kurap di bahagian faraj & dubur
Hai. Saya ada kurap yg telah lama di celah paha, faraj dan dubur. Tahun lepas Ada pergi klinik. Doktor ada beri ubat fukole 2 biji & candid-B cream. Kurap di celah paha shj yg hilang. Di faraj & dubur Masih Ada walaupun dah makan fukole. Ada ubat lain yg boleh membantu? Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sebelum kami boleh memberikan rawatan, pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan terlebih dahulu. Buat masa ini, kami sarankan anda untuk melakukan langkah-langkah ini untuk mengurangkan kurap seperti:
Elakkan daripada menggaru kawasan yang gatal sekiranya ada. Tindakan ini boleh menyebabkan kulat merebak ke kawasan lain sama ada melalui air nanah daripada bisul kecil yang pecah ataupun daripada kulit yang sedia dijangkiti.
Sewaktu mandi, bersihkan badan dengan baik dan kemudian keringkan kawasan yang dijangkit. Kelembapan boleh menggalakkan penumbuhan kulat dan perlulah dielakkan. Selain itu, barangan peribadi seperti tuala dan pakaian pula harus ditukar dengan kerap.
Sekiranya ruam seperti ini atau gejala lain muncul, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jika diabaikan, saiznya boleh membesar dan merebak ke tempat lain.
Aktiviti harian seperti bekerja atau bersekolah pula boleh diteruskan seperti biasa, melainkan kondisi penyakit yang teruk seperti kurap yang merebak luas atau kegatalan melampau sehingga mengganggu aktiviti harian.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.