Sulit
3 tahun
Masalah tidur makin teruk ( tak boleh tidur malam )
saya lelaki umur 26, hi, saya ada masalah sleep cycle. makin hari makin lewat tidur sampai la tidur siang. saya nak tanya melatonin boleh membantu cycle tidur malam balik ke?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tidur atau insomnia. Secara amnya, melatonin boleh membantu seseorang untuk tidur namun pemeriksaan dan sejarah kesihatan anda perlu diperolehi dahulu kerana terdapat pelbagai punca boleh menyebabkan insomnia. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa ubat atau supplemen. Bagi pihak kami, kami sarankan anda mencuba yang berikut untuk memperbaiki masalah insomnia anda iaitu:
- Kurangkan stress, pastikan anda dikelilingi oleh dorongan yang kuat dan sihat
- Seimbangkan pemakanan. Banyakkan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
- Elakkan tabiat merokok
- Dapatkan nasihat kounseling dari pihak berkenaan
- Minta preskripsi anti-depressant daripada doktor anda mengenai masalah tidur ini.
- Banyakkan meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Perbanyakkan senaman yang seimbang.
- Mematikan lampu ketika ingin tidur.
- Pastikan tempat tidur anda dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti
Sekiranya perkara di atas tidak dapat membantu, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Kadangkala penyakit insomnia merupakan salah satu masalah psikatri yang dihadapi pada zaman ini.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.