Sulit
2 tahun
Mata tiba-tiba dan gelap pemandangan ketika sedang solat selepas memandu lebih 5 jam
Saya baru lepas memandu selama 5 jam. Selepas mandi, ketika solat…tiba-tiba pemandangan saya jadi kabur dan berhati-hati habiskan solat bimbang tumbang. Selepas solat saya check Bp. Bp ok 124/88 & 58. Selepas baring dan rehat, kembali normal. Bolehkah Tuan Doktor kongsi dengan saya masalah yang saya hadapi tadi kenapa dan simptom apa?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda nyatakan di atas adalah terlalu umum. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dan perlu melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum dapat membuat kesimpulan mengenai masalah anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.