Sulit
2 tahun
Mengantuk walaupun sudah tidur cukup dan sering sakit kepala
saya wanita berusia 21 tahun dan telah menjadi pelajar universiti. setiap hari saya akan merasa mengantuk dan lelah walaupun saya sudah tidur selama 7 hingga 8 jam dan kadang kala saya tertidur ketika kelas berlangsung. Saya juga sering melakukan senaman ringan untuk menghilangkan lelah tapi saya masih merasa ingin tidur. Saya juga merasa sakit kepala walaupun tidur mencukupi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah sering mengantuk sehingga mengganggu aktiviti harian. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.
- Kurang tidur
- Tabiat tidur yang buruk
- Sindrom Prahaid
- Hiperinsomnia idiopatik"idiopathic hyperinsomnia"
- Insomnia
- Fibromyalgia
- Hypothyroidism
- Anemia
Perkara diatas juga boleh menyebabkan rasa sakit kepala seperti yang sedang dialami. Anda boleh mencuba perkara berikut sebagai langkah untuk menangani masalah ini:
- Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
- Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
- Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
- Minum teh hijau setiap pagi akan mengurangkan rasa mengantuk
- Minum air limau setiap pagi akan mencergaskan minda anda
- Makan sarapan pagi yang berkhasiat
- Bersenam setiap hari
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.