Sulit
2 tahun
Kerap keluar air liur
Selamat petang,boleh tak saya nak tahu Kenapa air liur kerap keluar sehingga sy tidak selesa?terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah ini. Antaranya:
- menukar posisi tidur dengan membenarkan graviti menarik air liur ke rongga tekak seperti tidur secara melentang
- meggunakan alat yang membantu untuk merapatkan bibir kerana tidur secara mulut ternganga akan menyebabkan air liur meleleh.
- mengambil ubat
Namun, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.