Sulit
3 tahun
Makan ubat tidur untul masalah sukar tidur
saya ada masalah sukar untuk tidur dan saya tak pernah makan ubat tidur unyik mengatasi masalah saya. bolehkah saya beli dan menggunakan ubat tidur tanpa konsultasi dari doktor
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami kesukaran untuk tidur dan ingin mengambil ubat tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ubat tidur hanya boleh didapatkan melalui preskripsi doktor kerana ia adalah salah satu ubat kawalan. Ubat tidur biasa digunakan sekiranya rawatan lain kurang berkesan. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan ubat tidur. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah kesukaran tidur anda.
Untuk sementara waktu, anda boleh mencuba langkah-langkah di bawah untuk membantu anda tidur.
- Elakkan pengambilan minuman berkafein pada waktu malam.
- Sediakan jadual tidur yang tetap.
- Pastikan bilik tidur anda adalah selesa (tidak terlalu terang ataupun panas).
- Elak melihat skrin tv ataupun telefon bimbit sebelum tidur.
- Kekal aktif dengan bersenam sekurang-kurangnya untuk 20 minit setiap hari.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.