Sulit
3 tahun
Masalah sukar tidur malam
Hello doc… Saya berumur 32tahun,wanita,dan masih bujang, saya ada masalah tidur malam dan akan awal bangun keesokan nya. Saya tiada masalah penyakit kronik atau penyakit biasa. Bila saya hendak melelapkan mata seolah2 saya sedang berfikir,seperti ada org sedang berbual,sperti ada bayangan atau imbasan. Sedangkan saya tidak tidur di waktu petang. jika saya paksa untuk melelapkan mata saya akan sakit kepala. Tapi saya sedar jika 4 malam saya tak dapt tidur,pasti ada 1 malam yang terlalu awal untuk saya terlelap awal,dan malam seterusnya akan kembali seprti biasa untuk susah melelapkan mata. Adakah tu insomnia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, insomnia adalah gejala sukar tidur boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Kegelisihan
- Tabiat tidur yang kurang sihat
- Pengambilan kafein pada waktu malam seperti kopi dan teh
- Makan malam berbanyak
- Ketidakseimbangan hormon seperti dalam penyakit kelenjar
- Kesan sampingan sesetengah perubatan
- Penyakit mental seperti kemurungan, mania dan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan kami.