Sulit
3 tahun
Saya pernah bertanya tentang masalh sukar tidur saya sebelum ini
saya pernah bertanya tentang masalh sukar tidur saya sebelum ini. antara nasihat yg diberi tidak boleh tengok skrin telefon 30 minit sebelum tidur.bolehkah saya membaca buku sebelum tidur. adkah ini akan turut menganggu saya untuk mudah tidur.saya dh lakukan banyak nasihat yg diberi doktor sebelum ini tapi masih tidak berhasil. saya selalu tidur kurang dr 5 jam setiap hr. hari ni saja saya hnya dapat tidur 2 jam sebelumnya 3 jam walaupun telah melakukan apa yg dinasihati doktor sebelum ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh membaca buku sebelum tidur. Hal ini adalah kerana jika anda membaca buku sebelum tidur, anda dapat:
- Mengurangi stress
- Meningkatkan kualiti tidur
- Mengurangi masalah mental
- Mempertajam ingatan
- Melatih fungsi otak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.