Sulit
2 tahun
Mengantuk walaupun sudah tidur cukup
Salam sejahtera doktor, saya seorang wanita berusia 21 tahun dan sekarang menjadi mahasiswi univerisiti awam. saya sering kali merasa mengantuk dan badan terasa lelah seharian walaupun telah mendapat masa tidur berkualiti setiap malam 7 hingga ke 8 jam. Kadang kala, setiap pagi saya hampir saja tertidur ketika kelas berlangsung walaupun saya sudaj buat senaman ringan untuk hilangkan lelah badan saya. Harap doktor dapat membantu saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami masalah sering mengantuk sehingga mengganggu aktiviti harian. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.
- Kurang tidur
- Tabiat tidur yang buruk
- Sindrom Prahaid
- Hiperinsomnia idiopatik"idiopathic hyperinsomnia"
- Insomnia
- Fibromyalgia
- Hypothyroidism
- Anemia
Anda boleh mencuba perkara berikut sebagai langkah untuk menangani masalah ini:
- Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
- Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
- Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
- Minum teh hijau setiap pagi akan mengurangkan rasa mengantuk
- Minum air limau setiap pagi akan mencergaskan minda anda
- Makan sarapan pagi yang berkhasiat
- Bersenam setiap hari
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.