Sulit
2 tahun
Sering terbangun dari tidur
saya lelaki berumur 28 tahun. saya sentiasa mengalami masalah tidur pada waktu malam dimana saya senang untuk tidur tetapi selepas itu saya akan kerap terjaga dalam sekitar 5 kali semalam. namun saya tidak mengalami kesukaran untuk terus tidur selepas terjaga. kebiasaannya saya tersedar dan terus tidur selepas itu. apakah masalah saya? terima kasih doktor
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress, kegelisahan
- Gaya hidup yang kurang sihat
- Pengambilan kafein berlebihan (kopi atau teh)
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan saraf
- Gangguan saluran darah
- Penyakit autoimun
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.